fb fb fb fb fb

Ustaz ditahan, buat hantaran ugutan kepada perdana menteri

Datuk Fisol Salleh

KUBANG PASU, 1 Disember- Polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun  dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial .

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata ustaz  yang bertugas di Maktab Mahmud Kulim itu ditahan di rumahnya di Kulim kira-kira pukul 10.30 malam tadi setelah polis menerima lima aduan awam berhubung hantaran terbabit.

Katanya hantaran berbaur ugutan itu pada mulanya dimainkan dalam aplikasi Whatsapp dan kemudiannya dimuat naik ke laman facebook sehingga tular, turut dirampas telefon bimbit suspek.

Susulan hantaran itu, polis mengambil tindakan susulan aduan pertama yang diterima di Balai Polis Kampung Tanjung daerah Padang Terap, dan masing-masing satu aduan di daerah Kuala Muda, Kota Setar, Kulim dan Kubang Pasu.

"Setakat 30 November pada 5.33 petang IPD Padang Terap terima laporan polis daripada orang awam yang menunjukkan satu tangkap layar yang mengatakan ugutan Kepada perdana menteri.

"Jadi daripada ini juga kita telah melakukan satu tangkapan terhadap seorang lelaki berumur 43 tahun dan kita telah mendapat untuk tahan reman akan berakhir 4 hari bulan ini," katanya kepada pemberita di sini.

Berdasarkan laporan, pengadu merasakan hantaran yang ditulis ustaz terbabit berbaur ugutan jenayah dan politik terhadap perdana menteri.

Dalam tangkap layar tersebut, hantaran itu menulis "Anuar semakin gila dah ni... rata-rata orang bercakap benda ini memang agenda zionis... Dia memang sah-sah tali barut zionis... Boleh bunuh dah dia ni..."

Bagaimanapun kes diserahkan untuk siasatan lanjut oleh  Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Kes disiasat bawah Seksyen 507 kanun keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Turut disiasat menurut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)  yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM50,000.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI