KUCHING, 9 Jun- Usahawan mikro terutamanya golongan wanita disaran memohon dana yang ditawarkan di bawah agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata bantuan yang disalurkan itu merupakan satu mekanisme pembiayaan yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Dalam masa sama, Rubiah yakin peluang tersebut perlu direbut dalam memastikan pasaran produk-produk yang dihasilkan adalah berkualiti.
Sekali gus dapat merancakkan pendapatan ekonomi para usahawan rintis kecil sederhana.
Rubiah berkata demikian semasa merasmikan Majlis Program Wacana Ilmu-Wanita Inspirasiku (WINS) KEMAS Negeri Sarawak 2024 di sini.