fb fb fb fb fb

Usaha perkasa STI diperluas, tingkatkan penyertaan generasi muda - MOSTI

Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr. Aminuddin Hassim

KUALA LUMPUR, 16 Disember- Usaha memperkasa Sains, Teknologi dan Matematik (STI) terus diperluas bagi meningkatkan penyertaan generasi muda dalam bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata ia mampu memberi impak positif terhadap usaha pembudayaan STI di peringkat akar umbi.

"Itu yang pentingnya MOSTI dan rakan-rakan di KPM, KPT, MITI, KSM dan lain-lain. Kita akan mewujudkan satu jawatankuasa STEM untuk kita melihat perkara-perkara yang boleh kita rencanakan bersama ke arah mengarus perdanakan sains dan teknologi.

Ia supaya mereka terus kekal dalam bidang ini dan juga kita terjemahkannnya kepada bidang pekerjaan dan sektor-sektor industri utama," kata Dr. Aminuddin kepada pemberita dalam Majlis Perasmian Xporia Sains 2023 di ibu negara, hari ini.

Jelasnya, Program Xporia Sains 2023 merupakan platform terbaik bagi mencungkil lebih ramai bakat dan kreativiti dalam bidang STI.

Sehingga kini, MOSTI berjaya mencatatkan 1.8 juta penyertaan bagi program Malaysia Techlympics selain 600,000 penyertaan bagi program Minggu Sains Negara yang dilaksanakan bermula Mei lalu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM