fb fb fb fb fb

UPSI iktiraf kecemerlangan dan jasa pendidik

Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom merasmikan Sambutan Hari Guru UPSI 2024 dan menyempurnakan pra peluncuran Global Educators Award

TANJUNG MALIM , 29 Mei- Sempena sambutan Hari Guru Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2024, universiti itu bukan sahaja memberi penghargaan terhadap kakitangan, malah alumninya yang memperlihat sumbangan besar kepada dunia pendidikan negara.

Program yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah itu bermula dengan bacaan Ikrar Guru Malaysia yang dipimpin oleh mahasiswa Mohd Syafiq Rasidi, diikuti persembahan koir yang mendendangkan lagu "Kami Guru Malaysia".

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff, dalam ucapan aluannya, menekankan tema sambutan tahun ini, "Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara MADANI" mencerminkan peranan penting guru dalam era digital sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat MADANI yang berilmu, beretika, dan berdaya saing.

“Guru bukan sahaja sebagai pendidik, tetapi juga sebagai jauhari yang menggilap bakat dan potensi pelajar, membentuk mereka menjadi warganegara yang berintegriti dan produktif.

Beliau turut menekankan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam era digital dan golongan pendidik diharap menguasai ilmu pengetahuan dan mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi.

"Ini adalah penting untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien, serta menarik minat dan memenuhi keperluan pelajar yang kian berubah", katanya.

Sementara itu, Pro Canselor UPSI, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam ucapan perasmiannya menegaskan guru harus menjadi pemimpin dalam penggunaan teknologi digital untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang interaktif dan inovatif.

“Melalui pelbagai inisiatif dan program yang dijalankan, UPSI berusaha untuk memastikan setiap guru yang dilahirkan memiliki keupayaan untuk membawa perubahan positif dalam masyarakat,” katanya.

2905 UPSI ANUGERAH2
(Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom bergambar bersama penerima anugerah sempena sambutan Hari Guru UPSI 2024
di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah)

Sempena sambutan yang mengiktiraf kecemerlangan pendidik dan sekolah, Anugerah Tokoh Pensyarah dinobatkan kepada Pensyarah Kanan seperti berikut :

  • Prof. Madya Dr Ghazali Din (Fakulti Bahasa dan Komunikasi)
  • Dr Intan Suria Hamzah (Fakulti Sains Kemanusiaan)
  • Wan Mohd Syaril Annuar Wan Mohd Harith (Fakulti Muzik dan Seni Persembahan)
  • Dr Harnani Mat Zin (Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi)
  • Dr Nor Mashitah Mohd Radzi (Fakulti Pembangunan Manusia)
  • Prof. Madya Dr Yakup Mohd Rafee (Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif)
  • ChM. Dr Mohamad Idris Saidin (Fakulti Sains dan Matematik)
  • Dr Siti Fairuz Yusoff (Fakulti Teknikal dan Vokasional)
  • Prof. Madya Dr Azila Abdul Razak (Fakulti Pengurusan dan Ekonomi)
  • Dr Ebby Waqqash Mohamad Chan (Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan)

Sementara itu, Pengiktirafan Sekolah Muallim diberikan kepada :

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Proton City
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist
  • Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Slim
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad
  • Kolej Vokasional Slim River

Tokoh Alumni dianugerahkan kepada :

  • Guru Penolong Kanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut, Terengganu, Aznan Abas
  • Guru dari Sekolah Kebangsaan Kut Daro, Sarawak, Muhamad Tarmizi Awang
  • Guru Matematik Tambahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur, Venkateswaran Ramiah
  • Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Safuan Rabaai
  • Guru Sekolah Kebangsaan Pos Musoh Landing Zone, Tapah, Perak, Muhammad Nur Asnawi Ramly

Manakala, Anugerah Pendidik Cemerlang diberikan kepada :

  • Bekas Pensyarah UPSI, Prof. Dr Ahmad Hashim
  • Pengarah Pendidikan Tentera Darat, Leftenan Kolonel Norlin Salleh
  • Pengarah Urusan Qc Group Sdn. Bhd, Tajudin Mustafa
  • Guru Sekolah Kebangsaan Mahmud, Raub, Pahang, Kathiresan A/L Moorthy 
  • Guru Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hua Lian 1, Taiping, Perak, Goh Kok Ming

Anugerah Khas Zakaria Kasa diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia, Prof. Dato' Dr Mohammad Shatar Sabran.

Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman dianugerahkan kepada Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, Datuk Dr Amin Senin.

Dalam pada itu, Tan Sri Alimuddin turut menyempurnakan pra peluncuran 'Global Educators Award' yang mengiktiraf sumbangan pendidik peringkat antarabangsa.

ROSLINA BINTI DIN