fb fb fb fb fb

UPM anjur program #sihatjanin tingkat kesedaran komuniti penyakit spina bifida

Program seminar Healthy Fetus #SihatJanin /Foto UPM

SERDANG, 2 Oktober –Masyarakar perlu didedahkan maklumat berkaitan penyakit spina bifida bagi membentuk budaya kesihatan yang lebih baik dalam komuniti, seterusnya mengembangkan jaringan sokongan melibatkan pelbagai pihak.

Atas tanggungjawab itu Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan menganjurkan Seminar Sihat Janin (Healthy Fetus) bagi memberi kesedaran kepada masyarakat serta membuka pandangan mereka tentang penyakit tersebut.

“Penyakit Spina Bifida bukan sahaja memberi cabaran kepada dunia perubatan tetapi juga memberi kesan terhadap sosial, emosi dan kualiti kehidupan seharian mereka,” kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Profesor Dr. Zamberi Sekawi.

Tambahnya, program tersebut turut membantu memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit tersebut, selaras tanggungjawab UPM bukan sahaja cemerlang dalam aspek akademik dan penyelidikan malah dalam kesejahteraan komuniti.

Menurut Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM, Profesor Dr. Normala Ibrahim, seminar membincangkan model penjagaan holistik bagi penghidap spina bifida.

“Melalui program ini, ia juga dapat membangunkan cara serta contoh model penjagaan holistik bagi individu dengan spina bifida, yang boleh dijadikan rujukan oleh institusi lain dan masyarakat untuk impak positif,” katanya.

Beliau turut menyatakan terdapat setengah individu mungkin mengalami kesukaran untuk menjalani kehidupan harian, namun dengan adanya sokongan mental dapat membantu mereka mengatasi isu emosi dan psikologi.

“Pada pandangan saya, kos rawatan perubatan, terapi fizikal dan peralatan sokongan boleh membebankan keluarga jika tidak mendapat sokongan insurans yang mencukupi tetapi dengan program pemulihan komprehensif dan akses kepada terapi fizikal dapat

membantu individu membangun kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Antara ahli panel terlibat, pakar Developmental Neurobiology, Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz dengan topik “Danger in the Womb: Spina Bifida”, Pakar Perunding Neurosurgeri Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Dr. Azizi Abu Bakar, “Release of the Tethered Cord Syndrome in Spina Bifida” dan Pegawai Pemulihan Perubatan, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), Dr. Katijjahbe Mohd. Ali, “History of Orthoses in Malaysia and its Relevance to Spina Bifida”.

MAT YUNUS BIN SABRI