fb fb fb fb fb

Unity Parade KL 2024 sasar 20,000 peserta

Penasihat Unity Parade, Norrizan Abdul Majid

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Seramai 20,000 peserta disasarkan akan menyertai program Perarakan Perpaduan (Unity Parade) Kuala Lumpur 2024 bermula 24 hingga 25 Februari nanti.

Program tersebut akan melibatkan 22 kaum dan etnik negara dengan lebih 10 pengisian program dan aktiviti kemasyarakatan.

Penasihat Unity Parade, Norrizan Abdul Majid memberitahu fokus utama penganjuran program itu adalah untuk pemeliharaan budaya, pendidikan dan penglibatan masyarakat dalam memupuk semangat perpaduan.

"Dari Perlis hingga ke Sabah kita akan bawa mereka ini sama-sama berarak, memberikan satu solidariti, satu perpaduan, mengangkat kata-kata Perdana Menteri.

"Anak kita Cina, anak kita Iban anak kita India, kita satukan mereka dalam perarakan ini,"katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media acara Perarakan Perpaduan Kuala Lumpur 2024 di Ibu Kota.

Program yang dianjurkan selama dua hari itu merupakan anjuran bersama antara Unity Parade dan KL Society bersama rakan strategik Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE