fb fb fb fb fb

UMT sediakan pelbagai inisiatif pelajar kurang berkemampuan

Profesor Dr Mohd Izani Mohd Zain

KUALA NERUS, 2 Oktober- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengagihkan RM4.6 juta bantuan zakat kepada 9,200 penuntut universiti itu dalam tempoh lima tahun sejak 2019.

Manakala RM400,000 bantuan zakat disalurkan kepada 800 penerima dalam tempoh Januari hingga September lalu.

Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Profesor Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, pelbagai inisiatif disediakan kepada pelajar kurang berkemampuan pelbagai aspek bagi memastikan kelangsungan dan kecemerlangan pendidikan mereka.

Selain pembahagian zakat, inisiatif bantuan kewangan dan kebajikan lain turut disediakan, termasuk bingkas kasih dan Dana Siswa untuk pelajar yang layak.

"...dan kita juga ada program sulung yang membiayai atau beri pendidikan percuma kepada pelajar anak sulung dalam keluarga mereka yang memasuki universiti.

"Jadi tiada alasan yang menghalang pendaftaran masuk ke universiti, kerana UMT memang menyediakan pelbagai bantuan kewangan kepada pelajar yang mengalami kesukaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat tinjauan pendaftaran pelajar baharu di UMT di sini.

Bagi sesi 2024/2025, UMT menerima kemasukan 2,060 pelajar baharu bagi program Sarjana Muda.
 
Daripada jumlah itu, seramai 238 pelajar lepasan Asasi Sains, Teknologi, Engeneering dan Matematik (STEM) yang merupakan 'produk' UMT.

 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI