fb fb fb fb fb

Umat Islam perlu peka status halal makanan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 2 November- Tiada isu tentang hidangan nasi kandar babi yang tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai walaupun juadah itu sinonim dengan masyarakat Melayu beragama Islam. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata gerai tersebut  jelas menyatakan nasi kandar itu tidak halal dan seharusnya tidak menjadi isu dalam kalangan masyarakat  majmuk di Malaysia. 

"Dalam konteks sekarang ini, kita masyarakat majmuk di negara ini, ada Cina, India dan lain-lain. Ia  telah menyebut, kafe itu ada dalam kawasan masyarakat tersebut. Dia tidak menyorok dan memang telah menjelaskannya. Dalam konteks masyarakat majmuk ini, kita perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Insya-Allah negara akan lebih bahagia," katanya kepada pemberita di sini.

Tambah beliau, umat Islam di negara ini juga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan status halal sesebuah gerai atau restoran yang ingin dikunjungi supaya tidak timbul isu syubhah.  

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM