fb fb fb fb fb

UKM, ChemPartner meterai kerjasama untuk revolusi sains perubatan moden

Ahmad Zahid melakukan gimik pemeteraian MoU Hub Perubatan Halal di Malaysia antara UKM dengan syarikat ChemPartner Pharmatech Co. Ltd dan Pharma Medical Sdn. Bhd/Foto BERNAMA

SHANGHAI, 11 September - Perkongsian strategik antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan syarikat farmaseutikal China ChemPartner Pharmatech Co. Ltd akan membawa revolusi dalam sains perubatan moden di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata inisiatif itu berupaya membuka lembaran baharu UKM dalam bidang kesihatan dan sains perubatan.

Kerjasama berkenaan juga dijangka dapat membantu mewujudkan hab perubatan dan penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia yang menumpukan kepada penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan produk perubatan dan inovatif bioteknologi.

“Perkongsian strategik ini menandakan era baharu kerjasama dan kemajuan. Dengan melabur dalam makmal tercanggih di Universiti UKM, ChemPartner menyumbang kepada usaha berterusan Malaysia untuk memajukan pembangunan dan inovasi ubat baharu.

“Malaysia kaya dengan herba. Kerjasama ini bertujuan untuk memodenkan herba tradisional dan memperkenalkannya ke pasaran global, disamping membantu Malaysia dalam mengenal pasti ubat-ubatan Cina yang berkos efektif,” katanya dalam ucapan khasnya semasa majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) yang diadakan di kilang ChemPartners. BERNAMA

Trainee2