fb fb fb fb fb

UiTM Melaka perkasa hubungan dengan pelajar Indonesia, kongsi ilmu penyiaran

Foto RTM

BANDARAYA MELAKA, 13 Jun- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka komited mewujudkan hubungan kolaboratif dengan beberapa negara bagi memperkasa sekali gus mempromosi Melaka melalui bidang pendidikan.

Menurut Ketua Pusat Pengajian Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Profesor Madya Dr. Abdul Rauf Ridzuan, kolaborasi itu melibatkan aktiviti pembelajaran dan penyelidikan.

Selain itu, pihaknya giat mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama agensi-agensi media bagi memberi pendedahan kepada pelajar memperoleh pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar.

"Kerana banyak ilmu dapat dikongsikan terutama ilmu media, ilmu penyiaran. Mungkin beberapa persoalan yang selama ini tidak terjawab, kita ke sini kita dapat jawapan bagaimana radio itu beroperasi dan sebagainya."

"Jadi, saya yakin program sebegini sangat memberi manfaat kepada pelajar pelajar kita terutamanya dan kolaborasi dari Indonesia ini," kata Dr. Abdul Rauf kepada pemberita selepas mengadakan Program Field Trip di RTM Melaka.

Program melibatkan 127 orang pelajar UiTM bersama pelajar Universitas Padjadjaran (UNPAD) Indonesia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM