fb fb fb fb fb

UiTM Holdings: KPT ambil tindakan selepas peroleh hasil siasatan

JOHOR BAHRU, 11 Februari - Siasatan berhubung dakwaan penyelewengan hingga menyebabkan kerugian UiTM Holdings Sendirian Berhad sebanyak RM157 juta diharap dapat segera dilaksanakan.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ia supaya hasil siasatan diperoleh segera dan tindakan selanjutnya boleh diambil pihak KPT.


(Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin)

"UITM Holdings saya memang mengharapkan supaya siasatan oleh SPRM dapat disegerakan supaya saya sendiri tahu apa yang berlaku… tunggu lepas SPRM selesai siasat,"katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai siasatan SPRM ke atas UiTM Holdings, serta keperluan menstruktur semula
syarikat berkenaan.

Jumlah tersebut didakwa berdasarkan kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Manakala keuntungan sebelum cukai terkumpul dilaporkan bagi 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 sekitar 26 juta ringgit.

UiTM Holdings merupakan syarikat pegangan pelaburan milik penuh Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang mengurus lapan syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.


Media Baharu