fb fb fb fb fb

UiTM diharap lahirkan lebih ramai graduan profesional, teknokrat - TPM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Jun- Universiti Teknologi Mara (UiTM) diharap akan terus melahirkan ramai lagi graduan golongan profesional dan teknokrat.

Harapan tersebut disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya dan kerajaan tentunya juga mengharapkan seorang lagi Arshad Ayub dapat diwujudkan di UiTM agar apabila kita kembali ke landasan asal pencapaian itu dapat dilakukan segera," katanya selepas merasmikan Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM seluruh negara di sini.

Program julung kali diadakan anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan UiTM itu merupakan platform untuk peserta berinteraksi serta berkongsi idea dalam memperkukuh jaringan kerjasama dan memperkasa pembangunan universiti.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM