fb fb fb fb fb

UEM dan UM jalin kerjasama, nilai kualiti air dan kandungan logam berat tasik

KUALA LUMPUR, 26 September- UEM Sunrise Berhad melalui anak syarikat usaha samanya Mega Legacy (M) Sdn Bhd (MLMSB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) untuk menilai kualiti air dan kandungan logam berat tasik di Taman Tasik Metropolitan Kepong, di ibu negara.

MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi MLMSB, Zaida Khalida Shaari dan Dekan Fakulti Sains UM, Profesor Dr. Zulqarnain Mohamed disaksikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata pihaknya berharap lebih banyak kerjasama seperti itu di masa hadapan bagi mentransformasikan ruang bandar Malaysia untuk kelestarian negara.

"Kami menggalakkan inisiatif pihak pemaju, pihak pelabur kerana memberi tumpuan kepada kualiti serta kelestarian persekitaran dan air," kata Nik Nazmi kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis pemeteraian MoU antara Mega Legacy (M) Sdn Bhd dan Fakulti Sains, Universiti Malaya di Kuala Lumpur.


(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad)

Turut hadir, Pengarah Urusan UEM Group Berhad, Datuk Mohd. Izani Ghani.

Tambah Nazmi, pihaknya juga berbangga dengan tindakan proaktif UEM Sunrise untuk membaik pulih alam sekitar seiring pembangunan kelestarian negara.

 

Media Baharu