fb fb fb fb fb

Turunkan kadar penagihan dan kepulihan kepada 80% menjelang 2025 - AADK

Foto FB AADK

KAJANG, 2 Januari- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan penurunan kadar penagihan dadah dan peningkatan kepulihan penagih sehingga 80% menjelang 2025.

Ketua Pengarahnya, Sutekno Ahmad Belon berkata ia merupakan dua petunjuk prestasi utama (KPI) bagi mengukur kejayaan Pelan Strategik AADK.

"AADK menetapkan sasaran dadah terkawal menjelang tahun 2025 adalah sebanyak 400 kes bagi setiap 100,000 penduduk dan kita perlu menyahut cabaran untuk mencapai KPI tersebut," kata Sutekno dalam ucapannya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2024 di Ibu Pejabat AADK, di sini.

Tambahnya, AADK disaran menyahut cabaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk mencapai 75% bagi kadar kepulihan klien pada tahun ini, seiring merealisasikan KPI utama kedua agensi itu.

Sutekno memaklumkan, pada tahun 2023, AADK telah menjalankan rawatan dan pemulihan terhadap seramai 50,623 orang klien menerusi Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK).

"Daripada jumlah itu, katanya bagi tempoh Januari hingga November 2023, seramai 15,425 klien telah dinilai dan hasil penilaian mendapati seramai 13,022 orang klien atau 83% mencapai tahap kepulihan," jelasnya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM