fb fb fb fb fb

Tuntutan Sulu: Kemenangan buat rakyat Malaysia - Fahmi

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Keputusan Mahkamah di Perancis yang memihak kepada Malaysia dalam isu tuntutan kumpulan Sulu, bukan hanya kemenangan kepada pihak kerajaan, malah seluruh rakyat Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ia membuktikan tiada pihak lain yang boleh menggunakan mahkamah luar negara mengganggu gugat kedaulatan negara.

"Jadi ini dengan secara muktamadnya mematikan segala usaha daripada pihak yang biadap ini untuk cuba merampas harta dan aset negara.

"Saya percaya dengan keputusan ini, di negara lain juga di rantau Eropah tidak akan membenarkan mahkamah mereka digunakan sebagai platform oleh pihak tidak bertanggungjawab dan biadap ini, seterusnya akan menjamin keselamatan aset-aset kita," katanya.

(Fahmi (tengah) pada sidang media di ibu negara hari ini)

Beliau bercakap kepada media selepas majlis pelancaran Program Hour of Code #MYgirlscan 2023 di Sekolah Kebangsaan Bangsar, di sini hari ini.

Katanya, kejayaan itu juga hasil kerjasama semua pihak dalam memastikan segala hujah dan maklumat dapat disampaikan secara menyeluruh di mahkamah.

Media Baharu