Tun M dalam pemulihan, akan jalani fisioterapi

Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR, 10 Januari – Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat terjatuh di kediamannya 6 Januari lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tun Dr Mahathir akan jalani rawatan fisioterapi bukan pembedahan untuk pemulihan tulang pinggul patah.
  • Keputusan rawatan dibuat oleh pakar dari IJN, HUKM dan HKL.
  • Proses pemulihan dijangka mengambil masa lama disebabkan faktor usia beliau.
  • Tun Mahathir sedang dirawat di IJN dan hanya dibenarkan pelawat keluarga terdekat.

Rawatan tersebut diputuskan oleh doktor pakar dari Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Tun Dr Mahathir, proses pemulihan tersebut akan memakan masa agak lama susulan faktor usia beliau.

“Tun Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau”, menurut kenyataan itu.

Tun Dr Mahathir kini masih dirawat di IJN serta tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali keluarga terdekat.