KUALA LUMPUR, 16 Januari- Sejumlah tujuh stesen air yang dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan bacaan melebihi paras bahaya, setakat pukul 9.00 pagi tadi.
Menurut laman sesawang InfoBanjir JPS, masing-masing dua stesen dicatatkan di Sarawak dan Pahang, manakala satu di Selangor, Johor dan Sabah.
Sarawak membabitkan stesen Lundu Town (RHN), Kuching dengan bacaan 5.21 meter (m) dan stesen Tamin, Sibu (8.53m)
Di Pahang pula melibatkan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin (12.69m) dan Sungsi Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat, Rompin (11.45m).
Sementara itu, Sungai Klang di Selat Muara, Klang, Selangor merekodkan bacaan (3.08m), manakala Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat, Johor (3.11m) dan Sungai Kinabatangan di Barek Manis, Kinabatangan, Sabah (6.54m).