fb fb fb fb fb

Tujuh penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Simunjan

Foto PGO Bomba Sarawak

SIMUNJAN, 19 Ogos - Tujuh penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Sageng Hilir, Simunjan petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, rumah berstruktur tidak kekal tersebut didiami tiga individu dewasa dan empat kanak-kanak.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.36 minit petang. 10 anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan digegaskan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang telah terbakar sepenuhnya. Api berjaya dikawal pada pukul 2.50 minit petang," menurut kenyataan itu.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM