KUALA LUMPUR, 29 Januari - Sebanyak tujuh laluan di sekitar Ibu Negara akan ditutup penuh manakala 13 laluan lagi ditutup secara berperingkat bermula pukul 6.00 pagi esok.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid memaklumkan penutupan itu bagi memberi laluan kepada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Kita juga ada beberapa jalan lain yang akan ditutup mulai 9.00 pagi dan dibuka secara berperingkat adalah Jalan Damansara ke arah jalan parlimen, Jalan Sultan Abdul Halim, Lebuhraya Sultan skandar kearah jalan parlimen, Kalan Kuching kearah Bulatan Dato' Onn, Jalan Salahuddin kearah Bulatan Dato' Onn, Jalan Kuching ke arah Bulatan Dato' Onn dan Jalan Tun Perak kearah Bulatan Dato' Onn," kata Allaudeen dalam satu sidang media, di sini.
Manakala antara jalan ditutup sementara ialah Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Damansara, Jalan Travers ke arah Jalan Damansara dan Jalan Sultan Hishamuddin ke arah Jalan Damansara.
Katanya, orang ramai boleh menyertai Lambaian Kasih di sepanjang Jalan Parlimen hingga ke arah Bulatan Dato' Onn.