fb fb fb fb fb

Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup mulai tengah malam ini

Datuk Hussein Omar Khan bercakap kepada media pada sidang media Op Palu di Dewan Martek Op Palu, Kuil Batu Caves, Gombak

BATU CAVE, 22 Januari- Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup bermula tengah malam ini hingga 27 Januari sempena sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan antara jalan yang akan tutup adalah Simpang Tiga Jalan Bunga Raya menghala ke Batu Cave, Lampu Isyarat Jalan Station (Batu Cave bypass), susur dari arah Bulatan Batu Cave (MRR2) menghala ke Kuil Batu Cave, susur dari arah Gombak (MRR2) menghala ke arah Batu Cave, Simpang 3 Jalan SBC 8/ Jalan Lama Batu Caves, Jalan Perusahaan menghala ke Batu Caves dan Simpang tiga lampu isyarat Batu Caves menghala ke luar MRR2.

Orang ramai boleh menggunakan laluan altenatif yang dicadangkan oleh pihak polis.

Laluan alternatif tersebut akan dikemaskini melalui platform media sosial Facebook Polis Daerah Gombak.

Seramai 1,600 anggota dan pegawai polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang tempoh Op Palu.

Hebahan penutupan jalan juga dilakukan di papan iklan elektronik dari arah Bulatan Batu Caves menghala ke Gombak dan laman rasmi Facebook Polis Daerah Gombak.

Seramai dua juta pengunjung dijangka akan datang ke Batu Caves pada perayaan Thaipusam kali ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai meletakkan kenderaan di kawasan yang dibenarkan atas faktor keselamatan dan pengujung dinasihatkan supaya sentiasa menjaga barang-barang berharga bagi mengelakkan kecurian.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE