fb fb fb fb fb

Trend percutian rakyat Malaysia ke Thailand tidak jejaskan industri pelancongan di Langkawi

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober - Langkawi terus mencatat peningkatan kemasukan pengunjung apabila kira-kira 1.8 juta pelancong dicatat dari Januari hingga September tahun ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata data Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) itu membuktikan kemasukan pelancong ke pulau berkenaan tidak berkurangan seperti dihebahkan oleh sesetengah pihak.

"Ini Langkawi sahaja, belum seluruh Malaysia, kita sudah mencapai lebih apa yang kita sasarkan, sebab itu kita kalau memang orang tidak ramai datang cakap mengenai 'international tourism', kalau orang tak datang kita tak dapatlah mengkaji semula sasaran kita, mula-mula kita sasar hanya 2 juta (pelancong), lepas itu kita sasar 4.5 juta dan lepas itu kita sasarkan balik kita kaji semula kepada 9.2 juta sehingga hujung tahun ini dan memang sebenarnya orang pergi ke Thailand ke, pergi ke mana ke, orang Malaysia ini manusia biasa, nak tukar angin, bukan kerana lebih baik pergi sana," kata beliau selepas Majlis Penyerahan Perantisiswa Keluarga Malaysia kepada pelajar ASWARA, di sini hari ini.


(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri ditemui media selepas Majlis
Penyerahan Perantisiswa Keluarga Malaysia kepada pelajar ASWARA di ibu negara) 

Nancy mengulas kenyataan sesetengah pihak mengenai trend percutian rakyat Malaysia ke Thailand menjejaskan industri pelancongan di Langkawi.

Katanya, pemilihan Thailand sebagai destinasi pelancongan oleh rakyat Malaysia perlu diambil dari sudut positif kerana pelancong dari negara itu juga turut memilih Malaysia sebagai lokasi pelancongan mereka.

Media Baharu