fb fb fb fb fb

Transformasi KKM: Tempoh menunggu klinik kerajaan kini 30 minit

Foto hiasan/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 3 Februari- Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya melaksanakan transformasi dengan mengurangkan tempoh menunggu di klinik kerajaan dari tiga jam kepada 30 minit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi hantaran di platform X memaklumkan kejayaan itu merupakan transformasi digital dalam penjagaan kesihatan.

"Kami telah mendigitalisasikan perkhidmatan utama, mengurangkan waktu menunggu di klinik penjagaan primer utama dari tiga jam kepada hanya 30 minit.

"Dari 107 klinik antara 2007 hingga 2022 kepada 159 klinik pada 2024 dan pada awal Februari tahun ini sahaja, peningkatan sebanyak 48.6 peratus.

"2025 adalah tahun pelaksanaan. Masa untuk bertindak", katanya dalam hantaran itu.

ROSLINA BINTI DIN