fb fb fb fb fb

Transformasi digital perlu untuk pengembangan industri runcit

FOTO FB Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 17 APRIL- Pendigitalan bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan untuk perniagaan runcit untuk berkembang maju dalam dunia hari ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo memberitahu, penekanan terhadap analisis data dan pemperibadian atau 'personalisation' adalah alat utama bagi peruncit.

Peruncit katanya, boleh memanfaatkan data pelanggan untuk kempen pemasaran yang disasarkan, meningkatkan produk pengesyoran dan mengoptimumkan strategi harga.

"Pengoptimuman rantaian bekalan adalah sama penting, yang mana pelaksanaan penyelesaian digital mampu meningkatkan pengurusan inventori, logistik dan unjuran permintaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau melihat kerjasama Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menerusi Digital MRCA-MDEC 100 antara platform terbaik untuk industri pemain untuk berhubung, bertukar pandangan dan bekerjasama.

Inisiatif 100 Go Digital bermula pada tahun 2020, dengan matlamat utamanya bagi membolehkan perniagaan dalam negara, bergerak ke arah pendigitalan serta menambah baik kecekapan dan produktivit, dalam masa sama dapat mewujudkan sumber pertumbuhan baharu dan meningkatkan hasil sekaligus penjimatan dalam kos perniagaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE