SHAH ALAM, 4 Mac- Bazar Ramadan kini mengalami transformasi digital susulan lebih ramai peniaga beralih kepada pembayaran tanpa tunai sekali gus menjadikan urus niaga lebih pantas dan selamat.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Mohd Najwan Halimi berkata, langkah berkenaan dilihat dapat mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai selain mengurangkan risiko kehilangan serta memudahkan peniaga mengurus jualan secara sistematik.
"Kita ingin menggalakkan penggunaan digital kepada peniaga-peniaga bazar. Alhamdulillah semua peniaga di bazar khususnya di Selanggor ini mengguna pakai sistem pembayaran secara dalam talian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah bazar Ramadan di Seksyen 13 di sini.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa lebih 15,000 peniaga di Selangor dikenal pasti berniaga di pelbagai bazar Ramadan di seluruh negeri itu pada tahun ini.