fb fb fb fb fb

Tragis Op Daulat masih membekas selepas sedekad

KUALA LUMPUR, 31 Julai- "Pengalaman terpaksa tidur bersama mayat selama 22 jam, ditembak tiga kali serta ditetak sebanyak enam kali oleh pengganas Sulu, masih kekal segar dalam ingatan meskipun sudah 10 tahun berlalu".

Demikian perkongsian Deputi Superintendan Mohamad Hasnal Jamil yang terlibat dalam peristiwa berdarah yang berlaku di perkampungan air, Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac 2013.

Menurut beliau, pencerobohan militan Royal Security Force (RSF) itu "walaupun sudah 10 tahun, ia masih segara dalam ingatan. Saya tidak akan lupakan peristiwa itu, sebabnya parut ketika kejadian masih berbekas dan kekal. Ia akan kekal sampai bila-bila dan menjadi kenangan kepada saya.

"Seperti yang kita tonton, itulah kejadian sebenar yang berlaku. Bagaimana bahagian kepala dan badan mereka dipotong selain kejadian mata dikorek. Kejadian itu disaksikan sendiri oleh saya," katanya kepada RTM ketika menceritakan detik hitam yang berlaku kepadanya dalam Op Daulat.

Selain itu Hasnal turut berkongsi kisah ketika Tuan Ibrahim (Asisten Komisioner Ibrahim Lebar) ditetak dan ditembak pada kejadian berdarah tersebut. Tuan Ibrahim meninggal di sebelahnya.

Menurut Hasnal yang mengimbau kembali peristiwa yang disertai itu, beliau mengalami kecederaan parah ketika sedang bertugas dalam OP Daulat bagi menentang militan Royal Security Force (RSF) yang cuba merampas Sabah .

Sehingga kini, beliau masih mendapatkan rawatan pemulihan bagi tangannya itu.

"Saya masih menjalani rawatan walaupun sudah 10 tahun. Ia termasuk mejalani sembilan kali pembedahan termasuk membuang peluru membetulkan saraf jari tangan, tulang yang patah dan semua kecedaraan yang pernah dialami.

"Membetulkan saraf itu bagi membolehkan pergerakkan jari menjadi lebih lancar. Sekarang ini pergerakannya terbatas, hanya separuh," katanya.

Tambah Hasnal, keterbatasan fizikal dan pengalaman pahit yang dialami beliau bukan alasan untuk menyerah namun menganggap ia lumrah perjalanan sebagai seorang pejuang yang mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau turut menasihati generasi muda agar teguh dalam mempertahankan kedaulatan demi negara.

(Mohamad Hasnal Jamil)

Media Baharu