fb fb fb fb fb

Tragedi kepala air Dabong: 39 individu berjaya diselamatkan

Foto Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Dabong

KUALA KRAI, 21 November- Seramai 18 kanak-kanak daripada 39 individu berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat daripada tragedi kepala air di Dabong, Kuala Krai, Kelantan, petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.00 petang itu, kesemua mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Gua Ikan. 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Aiman Aminuddin ketika dihubungi berkata, lapan anggota serta jentera dari BBP Dabong bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada Sistem MERS 999. 

Setibanya di lokasi kejadian mendapati kesemua mangsa iaitu 18 kanak-kanak terdiri daripada murid prasekolah serta 21 orang dewasa masing-masing lima lelaki dan 16 wanita terkandas di kepala air. 

Operasi menyelamat dilakukan menggunakan bot dan tali untuk menarik mangsa ke tempat selamat. 

Difahamkan, kesemua mangsa dari sebuah sekolah di Kuala Berang Terengganu untuk sesi lawatan sehari dengan menaiki keretapi dari Tanah Merah. 

Mereka terperangkap di gua berkenaan selepas hujan lebat menyebabkan laluan keluar terputus.

ROSLINA BINTI DIN