fb fb fb fb fb

Trafik penumpang udara: MAVCOM jangka naik 58 peratus

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah/FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Disember - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan peningkatan sehingga 58 peratus trafik penumpang udara tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata setakat Oktober rekod penumpang berkembang secara konsisten dengan kadar pertumbuhan purata sebanyak 7.6 peratus kepada 69.9 juta penumpang.

"MAVCOM telah menyemak naik ramalan trafik penumpang udara pada tahun ini daripada antara 74.6 juta hingga 80.8 juta kepada antara 84.5 juta hingga 86.5 juta.

"Ini bersamaan dengan antara 54 peratus hingga 58 peratus peningkatan daripada tahun 2022.

"Dalam hubungan ini, trafik penumpang dijangka akan pulih ke tahap 2019, iaitu pra-covid-19, pada tahun 2024," katanya menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh di Dewan Negara.

Permohonan hak trafik udara (ATR) turut meningkat 87.8 peratus bagi laluan antarabangsa sebanyak 77 peratus berbanding 41 tahun lalu.

Sementara itu, permohonan ATR untuk laluan domestik turut menunjukkan peningkatan sebanyak 154.5 peratus daripada 11; kepada 28 permohonan bagi tempoh sama.

GRACE AISYAH KEDAYAN