KOTA BHARU, 29 November-Prihatin akan nasib yang menimpa mangsa banjir di Pantai Timur, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kelantan bagi meninjau perkembangan terkini situasi banjir di negeri itu.
Beliau diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dibawa melawat Menara Tinjau Sungai Kelantan, Tambatan Diraja Kota Bharu, pada pukul 4.00 petang tadi.
Beliau dibawa meninjau keadaan paras air Sungai Kelantan di menara tinjau tersebut.
Beliau juga turut berkesempatan mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan, Ir Ts Gs Dr Siti Fairus Zakaria selama 10 minit berkenaan situasi banjir di Kelantan.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kemudiannya meninggalkan perkarangan Tambatan Diraja pada pukul 4.20 petang.