fb fb fb fb fb

TPM bertemu Datuk Bandar Gong Zheng

Untuk rekod, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 14 tahun lepas.

SHANGHAI, 13 November- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof meneruskan lawatan rasmi beliau ke Shanghai dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Gong Zheng di Pejabat Kerajaan Perbandaran, Daerah Huangpu.

Pertemuan yang diadakan kira-kira pukul 5.15 petang itu membolehkan kedua-dua pemimpin berkongsi pandangan serta pendapat berhubung prospek perdagangan serta hubungan dua hala antara Kuala Lumpur- Beijing.

Untuk rekod, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 14 tahun lepas.

Pada tahun 2022, nilai eksport produk agrikomoditi Malaysia ke China menyumbang 12.8 peratus daripada jumlah eksport komoditi pertanian Malaysia di pasaran antarabangsa, dengan nilai RM26.46 bilion.

Jumlah itu meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2021.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM