KUALA LUMPUR, 26 April - Pendekatan berteraskan 'Total Enforcement and Services' iaitu penguatkuasaan operasi secara tegas dan bersasar, diimplimentasi dalam OP Selamat ke-18 tahun ini.
Selain tindakan saman serta-merta kepada pengguna jalan raya yang melakukan lima kesalahan, penggunaan alat In-Car radar juga akan dioptimumkan di sepanjang laluan lebuh raya.
Ini termasuk memperluas penggunaan alat iCOPS, bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap trafik.
Pengguna jalanraya juga disaran mengelak daripada melakukan 5 kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan ‘Q’, dan tidak mematuhi lampu isyarat.
(Razarudin dalam sidang media elepas Majlis Pelancaran Op Selamat 18
Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 bersama rakan strategik PDRM, Telekom Malaysia Berhad (TM))
"Disebabkan cuti yang panjang, kita menjangkakan hari Jumaat ini, kereta yang ada di jalanraya juga mungkin melebihi 2 juta. Dijangkakan begitu. Jadi sebelum memandu untuk pulang ke kampung halaman berhari raya, setelah 2 tahun tidak dapat berjumpa, saya dan pihak polis berpesan supaya berhati-hati.
"Pastikan kita sihat, tidur dengan cukup, kereta dalam keadaan baik, supaya tidak terkandas dijalanraya yang menyukarkan juga orang lain, berlakunya jem. Dan juga dijangkakan memang akan berlaku jem bukan kata di jalan alternatif biasa sahaja tetapi juga lebuh raya mungkin," menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain di sini.
Mengangkat tema sama Rumah Selamat, Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi', OP Selamat ke-18 dijadual bermula pada 29 April hingga 8 Mei ini.
Operasi memberi fokus kepada dua objektif utama.
Keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan dan meminimumkan kes kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan kes kemalangan maut.