fb fb fb fb fb

Toleransi BN-PH bukti kestabilan politik negara

(FOTO RTM)

SEREMBAN, 16 Mei-Kerajaan Perpaduan, yang ditubuhkan sejak enam bulan lalu dengan sokongan 148 Ahli Parlimen, telah membuktikan kestabilannya dalam memimpin negara.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, sikap toleransi dan persefahaman yang ditonjolkan antara parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan merupakan satu kerjasama yang baik.

"Saya yakin khidmat kita kepada masyarakat jauh berlipat kali ganda lagi daripada apa yang rakyat dan masyarakat perolehi sekarang ini.

"Bagi menjadikannya kenyataan, maka kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh Barisan Nasional pasti tidak akan ditandingi oleh Pakatan Harapan supaya tidak ada pertembungan di setiap kerusi.

"Begitu juga kerusi yang ditandingi oleh Pakatan Harapan, tentunya tidak akan diletakkan calon Barisan Nasional bagi kerusi yang berkenaan", katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan anjuran Pertubahan Pesara Kerajaan 1 Malaysia (KUPEKMAS), bertempat di Dewan Perdana KRS di sini.

Beliau juga berharap calon yang bertanding akan terus merangka gerak kerja, bagi menghadapi PRN supaya memenangi setiap kerusi yang ditandingi.

Dalam pada itu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyumbangkan sejumlah RM10,000 kepada Pertubuhan Pesara Kerajaan 1 Malaysia (KUPEKMAS) sebagai tanda sokongan kepada program yang dijalankan bagi pesara-pesara penjawat awam tersebut.


(Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias)

Media Baharu