fb fb fb fb fb

Tolak fahaman kolot dan jumud - Anwar

BESTARI JAYA, 9 Februari - Generasi baharu perlu menolok fahaman kolot dan jumud, sudah sampai masanya masyarakat berbilang bangsa untuk bangkit sebagai kekuatan baharu dalam masyarakat Madani, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Perubahan juga perlu dilaksana berteraskan prinsip keharmonian, keamanan dan kemanusiaan sejagat, mengambil kira kemajmukan masyarakat di Malaysia.

"Anak anak Melayu yang pintar bersama Cina, India dan Iban bersama yang pertahankan keadilan dan bangkit sebagai kekuatan baru masyarakat madani. Ini cabaran saya. Kena faham kerangka pemikiran yang boleh mendorong perubahan hanya dengan memastikan masyarakat bersatu untuk pendidikan dan pendidikan membawa kepada kesatuan. Pendidikan berteraskan keyakinan bangsa dan agama dan membawa kekuatan dan kemanusiaan," kata Anwar di sini.

Tambahnya, masyarakat perlu memahami dengan sebenar kerangka pemikiran yang menjadi pegangan dan membawa perubahan dalam negara.

(Anwar berucap ketika menyampaikan Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil bertajuk
‘Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia’
pada di Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya, di sini)

Kunjungan Datuk Seri Anwar ke UNISEL pada hari ini bagi menyampaikan Syarahan Ulung dikaitkan dengan hubungan eratnya dengan Almarhum Profesor Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang sudah terjalin sejak dari zaman mahasiswa mereka lagi sehinggalah Almarhum menghembuskan nafas terakhir pada 31 Ogos 2021 lalu.

Almarhum Profesor Datuk Dr Siddiq Fadzil ketika hayatnya samangat menekankan peranan pendidikan dan pendidik ke arah usaha membina masyarakat berakhlak.

Media Baharu