fb fb fb fb fb

TNG bantu keluarga B40 kawasan Lembah Pantai

FOTO X FAHMI FADZIL

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Kumpulan Touch ‘n Go (TNG) hari ini menghulurkan sumbangan bernilai RM30,000 dalam bentuk baucar beli-belah kepada 80 individu yang terdiri daripada keluarga B40 di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menerusi hantaran di laman X berkata sumbangan itu turut diberikan kepada golongan ibu tunggal.

“Terima kasih kepada Kumpulan TNG kerana terus komited membantu masyarakat Lembah Pantai dengan memberikan sokongan kepada golongan memerlukan menjelang sambutan Aidilfitri. Saya amat menghargai sokongan ini,” katanya.

"Sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, saya amat menghargai sokongan ini. Terima kasih kepada CEO TNG, Praba Sangarajoo serta pasukan TNG Digital yang meluangkan masa bersama penduduk setempat hari ini.

"Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak menceriakan mereka dalam membuat persiapan menyambut Syawal,"katanya dalam hantaran tersebut

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE