fb fb fb fb fb

TNB jalin kerjasama dengan China, revolusikan APG

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Tenaga Nasional Berhad, TNB bekerjasama dengan utiliti tenaga milik kerajaan China bagi merevolusi Grid Tenaga Asean, APG.

Menerusi kenyataan, TNB berkata, langkah strategik itu mencerminkan komitmennya sebagai pemimpin tenaga serantau dalam mengembangkan solusi tenaga lestari.

Revolusi APG direalisasikan melalui teknologi terkini, Arus Terus Voltan Tinggi, HVDC.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin Din, teknologi HVDC penting dalam kalangan negara ASEAN bagi memastikan kelancaran perdagangan tenaga, perkongsian sumber dan integrasi tenaga boleh baharu; TBB.

Mengenai pencapaian terkini TNB, syarikat utiliti negara itu telah menyempurnakan enam projek pusat data, dengan permintaan berjumlah 292 megawatt, termasuk dua projek yang siap lebih awal daripada jadual.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE