fb fb fb fb fb

TMM 2026: MOTAC pergiat kempen, guna strategi 3P

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 November- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memanfaatkan sepenuhnya platform kepengerusiaan ASEAN tahun hadapan bagi mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata MOTAC akan terus mempergiatkan usaha kempen itu, antaranya melalui 3P iaitu publisiti, promosi, dan pemasaran.

"Malaysia selaku tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN akan menggunakan peluang keemasan ini untuk mempromosikan Malaysia dalam kalangan negara anggota bagi menarik lebih ramai pelancong dari wilayah ASEAN menjelang tahun 2026," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Rakyat di sini.

Tambahnya, kementeriannya menetapkan sasaran ketibaan pelancong asing bagi TMM 2026 sebanyak 35.6 juta pelancong dengan anggaran pendapatan pelancongan sebanyak RM1.47 bilion.

Sasaran bagi pelancong domestik pula adalah 20.2 juta pelancong dengan perbelanjaan sebanyak RM110 bilion.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM