fb fb fb fb fb

Tingkat kesedaran generasi muda, Perlis sasar 6,000 ahli SKUAD Antidadah

Foto RTM

KANGAR, 15 Februari- Seramai 6,000 ahli disasarkan untuk menyertai SKUAD Antidadah di Perlis, menjelang akhir tahun ini.

Dikendalikan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), ia bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai penyalahgunaan dadah.

Menurut Pengerusi SKUAD Antidadah Negeri Perlis, Amar Abd Jalil, setakat ini seramai 2,200 ahli telah berdaftar dengan skuad itu.

Skuad tersebut digerakkan untuk menjadi pelindung kepada belia daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

''Selain itu, SKUAD Antidadah merupakan satu entiti kesukarelaan AADK yang berfungsi untuk membantu memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat, memberi pertolongan kepada mereka yang menghadapi masalah dadah serta menjadi ejen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK.

''Lebih ramai belia digesa sertai SKUAD Antidadah bagi berganding bahu bersama kerajaan dalam usaha membasmi penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat,'' katanya pada Program Walkabout Perdana Peringkat Negeri Perlis sempena Peringatan Hari Antidadah 2025 di Denai Larian Pengkalan Asam di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM