fb fb fb fb fb

Tingkat daya saing serantau, komuniti ASEAN disaran perkasa industri pengangkutan

Foto FB Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 21 November- Komuniti ASEAN disarankan untuk memperkasa industri pengangkutan bagi meningkatkan daya saing serantau.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, sebuah kerangka dasar perlu dibangunkan selaras dengan perubahan semasa.

Beliau turut menegaskan bahawa kaedah menangani isu alam sekitar, transformasi digital, dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) perlu dimasukkan dalam kerangka tersebut.

"Jika pengangkutan dan perkhidmatan logistik lebih efisien, ia pasti akan merangsang pertumbuhan ekonomi.

"Apabila ekonomi berkembang, peluang pekerjaan akan meningkat, seterusnya memberi limpahan manfaat ekonomi kepada masyarakat setempat dan lain-lain," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN ke-30 di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM