Tindakan tegas terhadap warga asing salah guna visa pelawat

Anggota Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak menahan pekerja asing dalam satu operasi di sebuah tapak pembinaan di Bercham/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 14 Januari – Kerajaan akan mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat untuk bekerja di Malaysia, khususnya dalam beberapa sektor tertentu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan penguatkuasaan tegas terhadap warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat untuk bekerja.
  • Isu dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri selepas rungutan komuniti perniagaan.
  • Badan penguatkuasaan akan mengambil tindakan susulan terhadap pelanggaran syarat visa.
  • Kementerian Dalam Negeri akan menjalankan pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan tindakan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, isu berkenaan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri selepas dibangkitkan oleh komuniti perniagaan dan beberapa pihak lain yang terkesan dengan kehadiran warga asing yang melanggar syarat visa.

“Jemaah Menteri juga pada hari ini telah membincangkan beberapa masalah yang telah dibangkitkan oleh komuniti perniagaan dan beberapa pihak yang lain mengenai keberadaan warga asing yang telah menyalahgunakan visa sebagai pelawat untuk bekerja di Malaysia dalam beberapa sektor terutamanya.

“… dan hal ini tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan visa untuk bekerja.

“Tindakan susulan akan diambil oleh badan-badan penguatkuasaan dan pemantauan akan dibuat oleh pihak Kementerian Dalam Negeri”, katanya dalam Sidang Media Pasca Kabinet Pertama 2026 di Putrajaya.