(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)
PETALING JAYA, 25 September- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak berlandaskan undang-undang.
Segala tindakan yang dibuat adalah hasil siasatan bersama dengan PDRM serta susulan aduan orang awam yang diterima SKMM.
"Kami percaya Majlis Media Malaysia boleh menjadi jalan terbaik untuk mengurangkan atau berbincang menyelesaikan beberapa isu ini.
"Jadi kami berharap menjelang tahun depan, kita dapat mengusulkan rang undang-undang ini ke Parlimen untuk diluluskan, supaya ia boleh menjadi pemudah cara untuk media atau kawal selia dalaman yang lebih baik dalam kalangan wartawan sendiri," katanya selepas merasmikan Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023) di sini.
Fahmi berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan SKMM terhadap portal media tempatan yang didakwa melampaui batas berhubung laporan berita yang diterbitkan.
Katanya lagi, beliau akan mendapatkan penerangan lanjut daripada SKMM berkenaan isu tersebut.
(Majlis Pelancaran MDX 2023 disempurnakan oleh Menteri Komunikasi
dan Digital, Fahmi Fadzil)