Tindakan Israel bertentangan prinsip tatatertib dunia – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto JaPen

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Tindakan berterusan Israel yang melanggar ketetapan antarabangsa adalah bertentangan dengan prinsip tatatertib dunia dan perlu dibantah secara tegas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan Israel melanggar ketetapan antarabangsa dan perlu dibantah secara tegas.
  • Keterlibatan ketenteraan beberapa negara mencerminkan ketidakstabilan yang meruncing di rantau.
  • Malaysia menyeru kerjasama negara Teluk untuk bersatu, rundingan dan pertahankan kemerdekaan rantau.
  • Amaran terhadap Turkiye membimbangkan dan ketegangan boleh merebak tanpa penyelesaian damai.

Beliau berkata tindakan ketenteraan yang melibatkan beberapa negara seperti Iran, Lubnan, Iraq dan Syria serta konflik berterusan di Palestin khususnya di Gaza menggambarkan ketidakstabilan yang semakin meruncing di rantau itu.

“Sebab itu, kita tidak ada pilihan melainkan untuk menyatakan dengan tegas dan jelas bahawa tindakan ini adalah bertentangan dengan peraturan tatanan dunia dan harus dibantah dengan keras.

“Pilihan lain tentunya selain daripada perdamaian ialah untuk mendapatkan kerjasama negara-negara Teluk supaya kembali bersatu, mengadakan rundingan serta mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan rantau,” katanya ketika membentangkan usul mengecam tindakan Amerika Syarikat dan Israel di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut berkata amaran terbaharu yang dikaitkan dengan kepimpinan Israel terhadap Turkiye menimbulkan kebimbangan.

Katanya, ketegangan itu boleh berlarutan dari satu negara ke negara lain sekiranya tiada penyelesaian damai dicapai.