fb fb fb fb fb

Tiga warga Korea cedera nahas kendiri di KM 16 Lebuhraya Pan Borneo

Anggota bomba sedang melakukan operasi menyelamatkan mangsa di lokasi kejadian/Foto Bomba Bintulu

BINTULU, 21 Disember - Tiga warganegara Korea mengalami kecederaan dalam nahas jalan raya kendiri yang berlaku di Kilometer 16, Lebuhraya Pan Borneo, pagi tadi.

Kejadian dilaporkan kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak pada pukul 8.42 pagi.

Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu tiba di lokasi kejadian mendapati dua daripada mangsa telah berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pihak bomba.

Seorang lagi mangsa, yang masih berada dalam kenderaan, mengadu sakit pada bahu kanan.

Semua mangsa telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

GRACE AISYAH KEDAYAN