fb fb fb fb fb

Tiga termasuk seorang wanita asing edar dadah diberkas

Foto RTM

JOHOR BAHARU, 7 April -Tiga individu termasuk wanita warga asing yang terlibat sindiket pengedaran dadah diberkas polis menerusi dua serbuan berasingan di sini, pada 2 April lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M.Kumar berkata, mereka yang berusia 32 hingga 51 tahun itu ditangkap di dua buah rumah sewa di Johor Bahru dan Seri Alam.

Menurut M.Kumar, kedua-dua rumah sewa itu dijadikan stor simpanan dan pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Hasil serbuan, polis merampas pelbagai jenis dadah dan menyita kenderaan, yang kesemuanya bernilai RM2.339 juta

Kejayaan itu merupakan tangkapan terbesar tahun ini.

"Sindiket ini membeli dadah daripada daerah- daerah dan negeri berdekatan. Selepas itu akan diproses diubahsuai menjadi jus dan disyaki digunakan pasaran tempatan terutamanya di pusat pusat hiburan", katanya di sini.

Kesemua suspek direman 3 hingga 9 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B akta Dadah Berbahaya 1952.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD