fb fb fb fb fb

Tiga syarikat baharu dilantik untuk perkhidmatan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

PUTRAJAYA, 7 Februari - Kementerian Pengangkutan mengumumkan pelantikan tiga syarikat baharu bagi Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pelantikan itu bertujuan meningkatkan persaingan sihat serta memastikan pemeriksaan kenderaan yang lebih berkualiti.

Katanya, kesemua syarikat yang dilantik diberikan tempoh selama dua tahun untuk melengkapkan keperluan infrastruktur.

"Saya nak tegaskan bahawa walaupun kita memberikan masa tempoh 24 bulan kepada syarikat-syarikat ini untuk membuka pusat mereka, tetapi sekiranya mereka boleh membangunkan pusat mereka dan menyediakan sebab segala infrastruktur dalam tempoh yang lebih pendek, maka kita bersedia memberikan lesen mereka lebih awal.

"Katakan kalau mereka boleh siap dalam tempoh enam bulan, Kementerian Pengangkutan tiada ada masalah, boleh terus berikan lesen dalam tempoh enam bulan tersebut. Jadi tempoh 24 bulan ialah tempoh maksimum. Kalau mereka tidak dapat sediakan infrastruktur 24 bulan, maka kelulusan ini akan ditarik balik," kata Loke dalam sidang media di sini

Lesen berkenaan boleh beroperasi selama 10 tahun namun perlu diperbaharui setiap tahun.

Tiga syarikat terpilih untuk fasa pertama ialah Wawasan Bintang Sdn Bhd; Pakatan Petroleum Sdn. Bhd; dan Beriman Gold Sdn. Bhd.

Sementara itu Loke memaklumkan, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akan terus beroperasi dan orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan di pusat berkenaan.

"PUSPAKOM masih beroperasi, kita sudah bagi dia hak keutamaan, maksudnya semua cawangan yang mereka sedia ada ini dia boleh teruskan. Jadi kita semua lesenkan mereka setiap cawangan, jadi setiap cawangan itu mereka nak boleh terus beroperasi.

"MOT ingin menegaskan bahawa pembukaan lebih banyak PPKM bertujuan meningkatkan persaingan sihat serta memastikan pemeriksaan kenderaan yang lebih berkualiti demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya," katanya.




TETITIA YUSOFF