fb fb fb fb fb

Tiga sungai di Kelantan lepasi paras bahaya setakat 9 pagi

Keadaan Kampung Gelang Mas digenangi air banjir/FOTO BERNAMA

KOTA BHARU, 25 Disember - Tiga sungai di Kelantan melepasi paras bahaya setakat 9 pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam.

Menurut laman web laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah mencatatkan bacaan 24.63 meter (m) melebihi paras bahaya manakala Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas merekodkan bacaan 10.54 m dan Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu iaitu 2.23 m.

Empat (4) sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Galas di Chegar Lapan Kelantan, Kuala Krai (36.56 m); Sungai Kelantan di Kuala Krai (24.87 m); Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli yang merekodkan bacaan 29.50 m dan Empangan Bukit Kwong, Pasir Mas (17.55 m).

Selain itu lapan (8) sungai turut merekodkan bacaan melepasi paras waspada.

Sungai terbabit masing-masing di Gua Musang iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi dan Sungai Nenggiri di Bertam; Sungai Nal di Kampung Sungai Nal di Kuala Krai dan Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah di Jeli; Sungai Kelantan, Kusial di Tanah Merah; Sungai Golok di Kuala Jambu di Tumpat dan Jambatan Melor di Bachok dan Sungai Semerak di Pasir Puteh.

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN