fb fb fb fb fb

Tiga PPS ditutup, jumlah penduduk terjejas berkurang

Laporan Banjir di Pulau Pinang

SEBERANG PERAI, 19 September- Tiga pusat pemindahan sementara di Pulau Pinang ditutup dan jumlah penduduk terjejas banjir di negeri itu menunjukkan pengurangan kepada 582 orang daripada 159 keluarga setakat pukul 7.00 petang tadi.

Tiga PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Penanti dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa di Seberang Perai Tengah (SPT) serta Dewan Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan (SPS) turut ditutup.

Ketika ini hanya lapan PPS masih dibuka dan beroperasi.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua lapan PPS yang masih beroperasi, dibuka di daerah Seberang Perai Utara (SPU), SPT dan SPS.

Di daerah SPT, dua PPS masih dibuka iaitu di SMK Permatang Pasir dan Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah Guar Jering.

Ia melibatkan 95 penduduk terjejas daripada 24 keluarga.

Bagi daerah SPS, hanya satu dibuka iaitu di Dewan Sungai Bakap melibatkan 62 penduduk yang dipindahkan dari 25 keluarga.

Sementara itu, SPU pula, empat PPS dibuka iaitu di SSekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, Sekolah Agama Rakyat Ar-Ridwan, SK Padang Menora; dan Dewan Banjir Labuh Banting.

Dengan jumlah keseluruhan yang dipindah seramai 425 daripada 110 buah keluarga.

Setakat petang tadi, Seberang Perai Utara menjadi daerah paling teruk terjejas banjir berikutan cuaca tidak menentu.

1909 PP 3 PPS DITUTUP 2PPS di Sekolah Kebangsaan Arau ditutup pukul 7.00 malam

Di Perlis sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Arau ditutup pukul 7.00 malam tadi selepas banjir surut di Kampung Titi Besi.

Setakat pukul 10.00 malam, jumlah penduduk terjejas banjir berkurangan kepada 114 orang daripada 38 keluarga.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis Ku Chik Ku Mat Esa dalam kemaskini terkini memaklumkan, tiga PPS masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, SK Kubang Gajah dan SK Datuk Ahmad Musa.

Ketiga-tiga PPS menempatkan penduduk terjejas banjir dari 9 buah kampung, antaranya Kampung Kubang Gajah, Kampung Tok Kandang, Kampung Bakau dan Kampung Sungai Padang.

Walaupun ada kawasan banjir telah surut, namun penduduk dinasihati sentiasa berwaspada dan bersedia berpindah ke PPS yang diarahkan sekiranya banjir kembali melanda.

Ia berikutan hujan masih turun di seluruh Perlis.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI