fb fb fb fb fb

Tiga PPS dibuka di Perak, 180 penduduk terjejas dipindahkan akibat banjir

Penduduk terjejas banjir dipindahkan ke salah sebuah PPS / Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

IPOH, 23 Oktober -Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan banjir di Manjung serta Larut, Matang dan Selama.

Susulan itu, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka menempatkan 180 penduduk terjejas daripada 44 keluarga.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, dua PPS dibuka di Manjung iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu dan SAR Padang Serai, Pengkalan Baru.

Sementara itu, satu lagi PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Simpang Halt, Taiping pada pukul 7.30 malam bagi menempatkan penduduk terjejas di daerah Larut, Matang dan Selama.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri itu.

Setakat malam ini, paras air di kebanyakan sungai utama dilaporkan berada pada paras normal, manakala Empangan Bukit Merah dan Empangan Sultan Azlan Shah kekal pada paras selamat.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN