fb fb fb fb fb

Tiga pempengaruh media akan dipanggil berhubung gerakan 'Langkah Dubai' - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR, 9 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil tiga pempengaruh media sosial untuk memberi keterangan berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang dilihat aktiviti bertujuan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tiga individu berkenaan adalah Badrul Hisham Shaharin atai dikenali di media sosial sebagai Che'Gu Bard, Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar.

"Laporan ini kita buka satu saja kertas siasatan bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen. Ini adalah intipati, aktiviti-aktiviti ataupun perbuatan persediaan yang akan memudaratkan demokrasi berpalimen. Dan juga mendatangkan ketidakamananan awam," kata Razarudin di sini.

Menurutnya mereka didapati menggunakan media sosial sebagai platform untuk berbicara mengenai isu berkenaan.

Bercakap dalam sidang media khas di Bukit Aman beliau berkata kesemua mereka dan beberapa pemimpin parti politik akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Mereka juga didapati menggunakan media sosial sebagai platform untuk berbicara mengenai isu berkenaan.

Razarudin berkata polis sehingga kini menerima 43 laporan polis daripada wakil pelbagai parti politik berhubung gerakan Langkah Dubai, di seluruh negara.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

Katanya, rakyat Malaysia sangat prihatin akan keamanan dan polis akan memastikan keselamatan mereka semua terpelihara.

Selain itu, Razarudin berkata polis turut mengesan video blogger Raja Petra Kamaruddin yang bercakap berkaitan perkara itu (Langkah Dubai) lebih daripada 10 hari.

"Polis sedang menyiasat video tular yang menyaksikan tiga atau empat individu bercakap tentang gerakan menukar kerajaan. Salah seorang daripadanya ialah Raja Petra Kamarudin," katanya.

Pada 30 Disember lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa “Langkah Dubai” timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

TETITIA YUSOFF