Tiga maut dalam kebakaran membabitkan empat kilang

Pasukan bomba bekerja keras memadamkan kebakaran di empat buah kilang di sini awal pagi tadi.

KUALA LANGAT, 15 JanuariTiga mangsa kebakaran di kawasan perindustrian Kampung Olak Lempit, di Banting di sini awal pagi tadi ditemukan meninggal dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga mangsa ditemukan maut selepas operasi pemeriksaan akhir oleh pasukan bomba.
  • Kebakaran diempat kilang berjaya dikawal, dengan 80 peratus kawasan dipadamkan sekitar 1.11 pagi.
  • Dua kilang musnah sepenuhnya; operasi melibatkan lebih 70 pegawai dan anggota bomba termasuk bomba sukarela.

Jasad semua mangsa ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika menjalankan kerja-kerja pemeriksaan akhir selepas kebakaran melibatkan empat buah kilang di kawasan berkenaan dapat dikawal.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, setakat ini identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

Terdahulu, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 1.11 pagi tadi dengan kira-kira 80 peratus kebakaran dapat dipadamkan.

Dua daripada empat kilang yang terlibat musnah sepenuhnya, masing-masing merupakan kilang memproses sisa minyak dan kilang bahan polimer.

Operasi memadam kebakaran melibatkan lebih 70 pegawai dan anggota bomba termasuk Pasukan Bomba Sukarela.