fb fb fb fb fb

Tiga kategori kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di jalan raya

PUTRAJAYA, 26 April - Kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) adalah dilarang penggunaannya di atas jalan berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata larangan itu dibuat bagi mengelak tragedi basikal lajak yang meragut lapan nyawa dari berulang sekali gus, menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Jelasnya, pengkuatkuasaan itu selari dengan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 ("Kaedah") yang berkuat kuasa pada 17 Disember 2021.


(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ditemui pada sidang media penggunaan mikromobiliti di Putrajaya)

"Penggunaan kenderaan mikromobiliti dengan percampuran dengan aliran trafik kenderaan motor lain di atas jalan akan menimbulkan risiko berlakunya tragedi yang sama", katanya dalam sidang media penggunaan mikromobiliti di kementeriannya di sini hari ini.

Selain itu, Datuk Seri Dr Ka Siong turut mengingatkan, mana-mana pihak yang melanggar perintah tersebut akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)

Media Baharu