Tiga cedera dalam nahas dua kenderaan di Miri

FOTO BBP LUTONG

MIRI, 17 Januari – Tiga individu mengalami kecederaan dalam satu nahas jalan raya di Bulatan Curtin, Senadin di sini, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga mangsa cedera selepas nahas melibatkan dua kenderaan di Bulatan Curtin, Senadin.
  • Dua mangsa dikeluarkan dari sebuah kenderaan; seorang lagi dari kenderaan kedua, semua diserahkan kepada KKM.
  • Operasi Bomba Lutong bermula selepas panggilan kecemasan pada 8.08 malam dan tamat pada 9.50 malam.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, nahas melibatkan dua kenderaan dengan beberapa mangsa dilaporkan tersepit di dalam kenderaan.

“Dua mangsa berjaya dikeluarkan daripada salah sebuah kenderaan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut, manakala seorang lagi mangsa daripada kenderaan kedua turut diserahkan kepada pihak KKM.

“Ketiga-tiga mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai Yusri Amit, 41 tahun, Dayangku Intan Tegak, 50-an dan Joel Anyie Jok, 23 tahun,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat Lutong menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.08 malam dan seterusnya bergerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai.

Operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.50 malam.